KPT Umum Bantuan Tunai RM50 Untuk Pelajar IPT Baharu Sesi 2020/21
November 4, 2020
Aman
Kementerian Pengajian Tinggi, kini telah mengumumkan Pemberian Bantuan Tunai sebanyak RM50 untuk semua pelajar IPT baharu sesi 2020/21. Secara keseluruhan, seramai 76,153 orang pelajar bakal menerimanya.
KPT umum bantuan tunai ini disebabkan oleh keperluakn pelajar untuk mengikuti PdP secara atas-talian, dan perlu mendapatkan pakej telekomunikasi untuk persediaan.
Penawaran ini, sekaligus dijangka akan mengurangkan beban yang ditanggung oleh pelajar pada era pembelajaran atas-talian ini.
Selari dengan pengumuman ini, KPT turut mengumumkan syarikat telekomunikasi akan hadir dengan pakej pelan data interaktif istimewa kepada semua pelajar IPT.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.