Cari @ Amanz

Codec AV1 adalah pengganti kepada H.264 untuk video. Ia mempunyai 30% lebih bagus pemampatan berbanding VP9 dari Google dan telah digunakan di banyak platform.

Terkini, Google mengumumkan yang mereka akan menggunakan codec AV1 di dalam Google Photos, Stadia, Google TV dan Google Meet. Dengan menggunakan AV1, jalur lebar bagi setiap perkhidmatan ini akan lebih baik dan penggunaan kuota juga akan lebih rendah. AV1 sudah pun digunakan pada Google Duo, YouTube,Chrome dan Android. Kelak, Google akan edarkan kepada lebih banyak lagi perkhidmatan dan aplikasi video mereka.

Wakil dari Amazon, Facebook, Netflix dan Tencent turut hadir dalam satu panel perbincangan mengenai implementasi AV1 dalam perkhidmatan masing-masing. Buat masa ini, mereka hanya berkongsi rancangan sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd