Dengan norma baharu, serta Perintah Kawalan Pergerakan, pengguna dinasihatkan untuk kekal di rumah, dan tidak keluar sekiranya tiada sebarang urusan penting. Selari dengannya, kini Samsung hadir dengan khidmat baharu, menawarkan kebolehan mengambil dan menghantar telefon pintar anda sekiranya perlu sebarang baik-pulih.

Perkhidmatan ini ditawarkan di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak buat masa ini. Buat masa ini, ia meliputi kawasan sekitar 20km daripada pusat khidmat dinegeri-negeri berkenaan.

Samsung mengatakan khidmat baik-pulih yang terus dihantar ke rumah ini tertakluk untuk semua telefon dan tablet keluaran Samsung.
Khidmat ini adalah percuma untuk semua peranti yang masih dibawah tempoh jaminan. Sekiranya temph jaminan anda telah tamat, maka anda akan dikenakan caj baik-pulih, dan caj RM30 untuk semakan.
Samsung turut mengatakan ia akan mengambil masa sehingga 3 hari untuk proses baik-pulih ini.
Bagi anda yang ingin menggunakan khidmat ini, boleh menghubungi pihak Samsung melalui 1800228899.