Carian
Nikon Malaysia Menghentikan Operasi Bermula 1 Januari 2021
November 4, 2020 Effi Saharudin

Impak Covid-19 ke atas pelbagai industri dapat kita lihat di mana-mana sahaja. Saban hari ada sahaja tular di media sosial individu yang kehilangan kerja. Bagi peminat fotografi di Malaysia, Nikon – satu nama besar industri ini akan menghentikan operasi mereka bermula 1 Januari 2021.

Pengumuman dilakukan menerusi saluran media sosial dan laman rasmi mereka hari ini. Tarikh akhir operasi mereka ialah pada 31 Disember 2020. Nikon telahpun melantik Futuromic Photo AV Sdn Bhd untuk menjadi pengedar rasmi mereka. Kesemua keperluan pemasaran, jualan dan perkhidmatan pelanggan akan diuruskan oleh Futuromic selepas ini.

Nikon memulakan operasi sejak 1917 dan menjadi jenama besar kerana reputasi kamera SLR mereka pada dekad 70an dan 80an. Tetapi sejak pengenalan kamera digital dan telefon pintar, jualan mula mengecut. Tahun ini melihat pelbagai jenama kamera mengalami masalah seperti Olympus yang telahpun keluar dari pernigaan kamera pada Julai lalu.

Terima kasih @memeranglaut untuk tips ini

Komen