Cari @ Amanz

Apple kini telah mengemaskini senarai produk-produk vintaj, sekaligus turut menambah peranti iPhone 5c dibawah senarai berkenaan.

Dengan langkah ini, ia sekaligus memmperlihatkan peranti berusia sekitar 7 tahun berkenaan tidak lagi akan menerima sokongan baik-pulih di pasaran.

Sebelum ini, iPhone 5c telah diperkenalkan sebagai peranti pada harga lebih mampu-milik. Namun, pada tahun ini, Apple telah hadir dengan beberapa alternatif, termasuk penawaran iPhone SE, selain iPhone 12 Mini.

Dengan penyenaraian ini, boleh dikatakan selepas ini pengguna mungkin alami sedikit kesukaran dalam mendapatkan sokongan baik-pulih atau beberapa komponen untuknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd