(Ura-Ura) Xiaomi Dijangka Hadir Dengan Pengecas 200W Pada 2021

(Ura-Ura) Xiaomi Dijangka Hadir Dengan Pengecas 200W Pada 2021

Diterbitkan pada Nov 4, 2020 oleh .

Pada hari ini, pelbagai pengeluar sedia menawarkan sokongan pengecasan pantas pada kelajuan berbeza – mencapai sehingga 120W. Dengan penawaran ini, ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk mengecas penuh telefon pintar – sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk terus kekal berhubung tanpa perlu meninggalkan telefon untuk tempoh yang lama, atau mengecasnya sepanjang malam.

Terbaru, hadir desas-desus baru mengatakan Xiaomi sedang membangunkan beberapa teknologi, termasuk dijangka hadir dengan pengecasan mencapai kelajuan 200W+ pada 2021. Selain Xiaomi, Huawei sebelum ini turut telah mengatakan mereka mempunyai teknologi pengecasan mencapai 200W ini.

Pada tahun ini, Xiaomi sedia mempertontonkan penawaran pengecasan 120W pada telefon pintar mereka, membolehkan bateri 4500mAh dicas dalam masa 21 minit sahaja. Dengan penawaran 200W+, tempoh ini akan disingkatkan dengan lebih drastik lagi.

Ia tidak diketahui lagi sama ada Xiaomi akan memperkenalkan pengecasan ini kepada umum atau sekadar mempertontonkan teknologi sahaja pada 2021 kelak. Seperti ramai sedia maklum, beberapa perkara masih perlu diambll-kira sebelum teknologi seumpamanya dikomersilkan, termasuk dari segi kestabilan dan haba yang dijana olehnya.



Paling Popular