Tanda dagang Samsung Galaxy Buds Beyond telahpun difailkan dengan ura-ura mengatakan ia akan dilancarkan serentak dengan Galaxy S21 awal Januari ini. Tetapi hari ini laporan dari Korea mengatakan Buds Beyond akan diberikan dengan setiap pembelian Galaxy S21.
Fon telinga TWS ini akan menggantikan fon telinga berwayar AKG yang disertakan dengan setiap pembelian selama ini. Sekiranya benar ia adalah langkah yang selari dengan peredaran zaman kerana aksesori berwayar semakin digantikan dengan aksesori nirwayar. Mungkin ini dapat juga mengurangkan kemarahan pengguna kerana Galaxy S21 mungkin tidak akan dijual bersama pengecas mengikut langkah Apple.