Samsung Galaxy W21 5G Rasmi – Galaxy Z Fold2 5G Versi China Telecom

Samsung Galaxy W21 5G Rasmi – Galaxy Z Fold2 5G Versi China Telecom

Diterbitkan pada Nov 5, 2020 oleh .

Samsung Galaxy Siri W adalah peranti boleh lipat dari Samsung untuk pasaran China. Tahun lepas, selepas Galaxy Fold pertama dijual di China – syarikat telekomunikasi China Telecom hadir dengan Samsung Galaxy W20. Ia adalah Galaxy Fold dengan panel belakang yang sedikit berlainan. Tetapi dari segi dalaman, ianya lebih kurang sama. Bertahun lamanya, siri Galaxy W adalah peranti boleh lipat jenis clamshell W20 memulakan trend skrin boleh lipat pula.

Selepas beberapa bulan Galaxy Z Fold2 5G dijual di China, China Telecom kini hadir dengan Galaxy W21 5G pula. Sekali imbas ia kelihatan sama sahaja. Ini kerana dalaman semua adalah sama dengan Galaxy Z Fold2 5G. Ia dijana Snapdragon 865+, memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB UFS 3.1. Skrin adalah 7.6-inci QXGA+ Infinity-O AMOLED, 120Hz, UTG, skrin kedua 6.2-inci HD+ Super AMOLED Infinity Flex dan menjalankan One UI 2.5 berasaskan Android 10.

Untuk kamera, ia menggunakan tetapan tri-kamera dari lensa 12MP + 12MP + 12MP (utama, sudut ultra lebar, zum) dan kamera swafoto 10MP. Untuk rangkaian 5G ia menyokong SA/NSA dwi-mod 5G, dan dwi 4G VoLTE. Membezakan peranti ini dengan Galaxy Z Fold2 5G adalah warna Golden Glitter. Ia adalah panel belakang dengan corak yang timbul berbanding permukaan rata yang ada pada Z Fold2. Kemudian, berdasarkan imej yang dikongsi oleh @UniverseIce – W21 5G dilihat lebih besar berbanding Z Fold2.

Harga jualan di China adalah RMB19,999 iaitu sekitar RM12480. Ia adalah lebih mahal berbanding Z Fold2 yang dijual pada harga RMB16,999. Ini mungkin kerana panel belakang yang khusus untuk model ini.



Paling Popular