ZTE Blade 20 5G Kini Rasmi – Juga Hadir Dengan Cip MediaTek Dimensity 720
ZTE

ZTE Blade 20 5G Kini Rasmi – Juga Hadir Dengan Cip MediaTek Dimensity 720

Diterbitkan pada Nov 5, 2020 oleh .

Kita dapat saksikan kini semakin banyak peranti terkini yang dilengkapi cip pemproses MediaTek Dimensity 720. Selepas Oppo K7x dan Vivo S7e. Kemudian, giliran ZTE Blade 20 5G pula. Peranti pintar ini merupakan sebuah lagi model dilengkapi rangkaian 5G terbina yang ditawarkan pada harga mampu milik.

Untuk spesifikasi, peranti pintar ini hadir dengan skrin 6.52-inci IPS LCD HD+ dengan rekaan skrin hadapan berlubang. Selain cip MediaTek Dimensity 720, ia turut dilengkapi RAM sebesar 6GB, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 4,000mAh. Konfigurasi kamera utama peranti terdiri dengan 16-Megepixel (utama) + 8-Megapixel (ultra-lebar) + 2-Megapiel (kedalaman). Kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel.

ZTE Blade 20 5G dijual pada harga RMB 1,499 (~RM939) dan tersedia dalam dua warna berbeza iaitu Light Blue Mint dan Jazzy Gray. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja.



Paling Popular