Cari @ Amanz

Label tarikh luput makanan dan minuman perlu diletakkan bagi mengelakkan keracunan. Tetapi kedudukannya pada setiap makanan serta minuman yang dibeli adalah berbeza. Lebih menyedihkan ia langsung tidak mesra OKU penglihatan yang tidak boleh membaca label yang dicetak.

Mimica Touch ialah anjakan paradigma label tarikh lupat makanan. Pengguna tidak perlu mengenyit mata untuk membaca label yang kecil dan turut mesra OKU penglihat. Apabila makanan luput, pengguna dapat merasai bonggol pada label. Sebuah lapisan gel diletakkan di dalam label Mimica Touch yang berkurangan secara perlahan-lahan mengikut tarikh luput produk.

Ia bukan sahaja boleh digunakan pada sisi kotak tetapi juga terbina pada penutup botol. Dengan label ini, Mimica Touch berharap dapat mengurangkan pembaziran makanan yang terbuang kerana pengguna tersilap membaca tarikh luput serta memudahkan OKU penglihatan membeli produk makanan dengan lebih selamat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd