OnePlus Nizam Palace Adalah Kedai Fizikal OnePlus Terbesar Dunia

OnePlus Nizam Palace Adalah Kedai Fizikal OnePlus Terbesar Dunia

Diterbitkan pada Nov 5, 2020 oleh .

OnePlus sedia terkenal sebagai jenama atas talian. Bagi menjimatkan kos, mereka melancarkan dan menjual peranti di atas talian pada zaman OnePlus One. Kemudian makin hari makin terkenal, OnePlus telah menjadi jenama premium dan telah mempunyai banyak kedai fizikal. Baru-baru ini, OnePlus telah membuka kedai fizikal terbesar dunia mereka di India – OnePlus Nizam Palace. Kedai ini mempunyai luas 16000 kaki persegi.

OnePlus Nizam Palace adalah bangunan yang memfokuskan kepada peminat. Ia ada tiga bahagian utama, yang mana pertama adalah di mana produk-produk OnePlus dipaparkan dan tempat membeli. Ia turut mempunyai dinding dengan sistem LED interaktif untuk pengguna belajar mengenai peranti atau lihat imej-imej yang diambil dengan peranti OnePlus. Turut disediakan adalah meja pintar yang interaktif dengan fungsi yang lebih kurang sama.

Bahagian kedua adalah untuk Red Cable Club mereka, yang mana ruangan eksklusif untuk peminat setia OnePlus. Di sini, model-model OnePlus TV dipaparkan, acara khas diadakan dan turut mempunyai zon nyahkotak khusus untuk peminat.

Bahagian terakhir pula adalah pusat khidmat pelanggan. Terdapat kaca jernih antara bahagian membaiki dan ruangan menunggu. Ini adalah bagi pengguna mengalami pengalaman membaiki peranti secara bersemuka dengan pekerja OnePlus.

Bangunan OnePlus Nizam Palace ini menggunakan tema merah dan putih sebagai warna ikonik OnePlus dan penghargaan kepada komuniti OnePlus. Luaran bangunan dihiasi dengan aluminium dan juga batu bata merah. Rekaan bangunan juga mengikut tema OnePlus sendiri, iaitu burdenless design dengan mengekalkan nilai bandar Hyderabad di India.



Paling Popular