Apple Menghadapi Kekurangan Cip Kuasa Untuk iPhone 12 – Mungkin Disebabkan Huawei

Apple Menghadapi Kekurangan Cip Kuasa Untuk iPhone 12 – Mungkin Disebabkan Huawei

Diterbitkan pada Nov 5, 2020 oleh .

Apple kini dikatakan menghadapi masalah kekurangan salah satu cip utama untuk pengeluaran telefon pintar iPhone mereka, iaitu cip pengurusan kuasa. Perkara ini, secara tidak langsung dijangka memberikan kesan kepada pengeluaran peranti mereka.

Cip pengurusan kuasa ini antara komponen yang penting pada telefon pintar iPhone, selain daripada cip Apple A14 yang disertakan padanya.

iPhone 12 Mini

Ia dikatakan, antara sebabnya adalah kerana kesan terhadap rantaian bekalan oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Disamping itu, pada masa yang sama, ia dikatakan Huawei turut telah membeli komponen dengan kuantiti tinggi sebelum halangan dagangan berkuat-kuasa September lepas, yang turut memberikan kesan terhadap kekurangan bekalan ini.

Dengan masalah kekurangan ini, kita mungkin akan melihat stok penawaran iPhone 12 agak terhad dipasaran untuk sementara waktu ini. Di Malaysia, iPhone 12 dijangka akan ditawarkan pada 13 November 2020 ini.



Paling Popular