Mi Box 4S Pro Adalah Kotak Set Xiaomi Yang Boleh Menstrim Kandungan 8K

Mi Box 4S Pro Adalah Kotak Set Xiaomi Yang Boleh Menstrim Kandungan 8K

Diterbitkan pada Nov 5, 2020 oleh .

Xiaomi turut terkenal dengan pelbagai variasi televisyen pintar mereka. Di China, terdapat pilihan dari yang mampu milik sehinggalah yang mewah dan premium. Tetapi bagi memuaskan hati ramai pengguna, Xiaomi turut hadir dengan kotak set Mi Box bagi pengguna mengubah televisyen yang dungu menjadi pintar.

Terkini, Xiaomi telah melancarkan Mi Box 4S Pro. Kotak set ini adalah kemaskini kepada Mi Box 4S yang dilancarkan pada tahun 2018. Perubahan yang paling ketara adalah, ia kini menyokong penstriman pada resolusi 8K. Ia menggunakan HDMI 2.1, memori 2GB RAM dan storan dalaman 16GB. Ia dikatakan menjalankan MIUI for TV yang dibina berasaskan Android 6.0 atau nama lain bagi sistem TV Xiaomi adalah – PatchWall UI.

Kotak set ini turut menyokong Dolby Audio dan DTS Sound. Rekaan pula dilihat kekal sama. Spesifikasi dalaman tidak diumumkan oleh Xiaomi, tetapi ramai menjangka ia kekal sama dengan Mi Box 4S iaitu cip pemprosesan Amlogic S905X empat-teras, Cortex-A53, Mali 450. Harga jualan adalah RMB399, iaitu sekitar RM249.



Paling Popular