Lenovo Legion Pro Extreme Transparent Edition Dilancarkan Secara Rasmi Di China

Lenovo Legion Pro Extreme Transparent Edition Dilancarkan Secara Rasmi Di China

Diterbitkan pada Nov 5, 2020 oleh .

Lenovo Legion Pro Extreme Transparent Edition telah diumumkan ketika persidangan Lenovo Tech World 2020, tempoh hari. Namun, Lenovo masih berteka-teki mengenai penawaran lanjut mengenainya. Sehinggalah kini, peranti pintar ini dilihat telah tersenarai di laman rasmi Lenovo China dan sedia untuk dipra-tempah. Peranti ini dijual pada harga RMB 5,999 (~RM3,740) dan hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja.

Spesifikasi dalaman peranti tiada yang berubah – masih sama seperti Lenovo Legion Phone Duel. Perbezaan ketara hanya terletak pada rekaan kerangka belakang peranti sahaja. Di mana, ia mempunyai panel belakang lutsinar lengkap dengan rekaan berbentuk ‘X’, selain kemasan bewarna putih di tepi. Jelas kelihatan, rekaan kali ini berkonsepkan lebih segar, selain menjadian elemen hiasan unik sebagai tarikan.

Tapi sebenarnya, ia bukan perkara baharu. Sebaliknya, konsep tubuh lutsinar yang digunakan di sini adalah sama seperti yang boleh ditemui pada Xiaomi Mi 8 Explorer Edition dan Xiaomi Mi 9 Transparent Edition sebelum ini.



Paling Popular