Bursa Malaysia Menganjurkan InvestHack – RM 35,000 Untuk Pemenang

Bursa Malaysia Menganjurkan InvestHack – RM 35,000 Untuk Pemenang

Diterbitkan pada Nov 5, 2020 oleh .

Meskipun COVID merubah sedikit sebanyak kehidupan kita apabila ia tidak membenarkan acara berjalan seperti biasa, banyak acara masih berjalan secara maya termasuklah Hackathon. Pada bulan ini Bursa Malaysia bersama-sama JomHack bakal mengadakan InvestHack secara maya.

Menerusi InvestHack kali ini, peserta berpeluang untuk mencipta solusi yang menyelesaikan masalah dalam dunia pelaburan. Bertemakan ‘Reimagine Investing’, peserta perlu mencipta projek yang boleh menarik minat lebih ramai orang awam untuk melabur dalam bursa saham, menyebarkan ilmu dunia saham kepada orang awam, dan membantu mereka membuat keputusan untuknya dengan lebih pantas.

Pemenang yang berjaya mempamerkan projek mereka dengan idea yang dapat menyelesaikan masalah-masalah dan keraguan berkaitan saham dan pelaburan bakal membawa pulang sehingga RM 35,000 wang tunai, disamping peluang pengkomersilan untuk projek yang berpotensi, serta peluang pekerjaan kepada pihak yang berminat termasuklah Bursa Malaysia dan CGS-CIMB Securities.

Mereka yang berminat perlulah mendaftar selewat-lewatnya pada Ahad 15 November 2020, dan menyertai sesi penerangan pada 16 November. Acara ini akan berlangsung secara maya pada 20 sehingga 22 November, dengan pembentangan terakhir 10 peserta teratas pada 5 Disember 2020.

Sertai: Bursa Market InvestHack



Paling Popular