Spesifikasi Peranti Misteri Oppo Tertiris – 64MP, 65W Dan 4300mAh

Spesifikasi Peranti Misteri Oppo Tertiris – 64MP, 65W Dan 4300mAh

Diterbitkan pada Nov 5, 2020 oleh .

Peranti mercu Oppo yang utama akan kekal pada siri Find X kemudian yang sedikit murah akan diberikan kepada Oppo Ace (mungkin). Jujur kami kami katakan , strategi pemasaran peranti Oppo ini amat mengelirukan. Di China lain, di Malaysia lain dan ada juga di Eropah juga lain.

Terkini sebuah peranti misteri Oppo dengan nombor model PEGM00 / PEGT00 telah diluluskan oleh TENAA. Peranti apakah, ia masih menjadi misteri. Menurut peniris, ia akan menggunakan skrin 6.43-inci FHD+ dari panel OLED dengan rekaan skrin berlubang. Cip pemprosesan pula adalah 2.4GHz lapan-teras dan menjalankan ColorOS 11 berasaskan Android 11.

Untuk kamera ia akan menggunakan sistem kuad-kamera dari lensa 64MP + 8MP + 2MP + 2MP. Kamera swafoto pula dikatakan adalah 64MP dan butiran spesifikasi lain masih tidak diketahui. Bateri peranti dikatakan adalah jenis dwi-sel yang berjumlah 4300mAh dengan sokongan pengecasan pantas 65W.

Peranti ini dikatakan akan dilancarkan dalam masa terdekat. Adakah ia siri baharu? Siri Ace? Reno? Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.



Paling Popular