Cari @ Amanz

DJI Mini 2 telah dilancarkan hari ini sebagai model kemas kini kepada Mavic Mini yang dilancarkan sebelum ini. Dron yang masih bersaiz kompak serta boleh dilipat ini dikemas kini dengan kemampuan video serta waktu penerbangan yang lebih lama.

Kamera yang digunakan mampu mengambil gambar pada resolusi 12MP dengan video pula sehingga 4K 30p. Gambar boleh diambil dalam format RAW atau JPEG. Ini adalah peningkatan dari kemampuan asal sekadar 2.7K sebelum ini.

Dengan bateri yang lebih besar, Mini 2 boleh terbang sehingga 31 minit dengan sekali caj. Dengan motor yang lebih berkuasa, Mini 2 boleh terbang sehingga 4000 meter dan dalam situasi angin bertiup sehingga 38 km/j.

Perisian penstriman juga ditambah baik membolehkan video dipancarkan sehingga jarak 10 kilometer dari pengawal. Semua ini dimasukkan ke dalam sebuah dron yang hanya seberat 249 gram. Di Malaysia DJI Mini 2 dijual pada harga RM1899 untuk versi asas dan RM2499 untuk versi Mini 2 Fly More Combo dengan lebih banyak aksesori tambahan seperti bateri, kipas, skrin dan bekas simpanan khas. Ini boleh didapati menerusi kedai rasmi DJI di Shopee dan Lazada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd