Mi Vacuum Cleaner Mini Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Harga Hanya RM199

Mi Vacuum Cleaner Mini Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Harga Hanya RM199

Diterbitkan pada Nov 5, 2020 oleh .

Xiaomi dan Samsung boleh dikatakan bersaing sengit dalam ekosistem rumah pintar yang lengkap. Apa yang Samsung ada, Xiaomi juga pasti ada alternatifnya. Ekosistem Xiaomi hanya lengkap di China sahaja dengan barangan rumah pintar mereka yang boleh dikawal dengan Xiao AI. Di Malaysia, walaupun tidak lengkap lagi – tetapi Xiaomi Malaysia tidak mengalah dengan menawarkan pelbagai produk menarik.

Terkini, Xiaomi Malaysia telah membawa masuk Mi Vacuum Cleaner Mini secara rasmi. Ia adalah vakum mudah alih yang boleh dibawa ke mana sahaja. Saiz dan bentuk adalah seakan botol air, ia mempunyai kuasa sedutan yang kuat, mempunyai dua muncung berbeza untuk tiga kegunaan serta satu butang sahaja untuk membuang habuk yang telah disedut. Lebih menarik, tangki habuk Mi Vacuum Cleaner Mini ini mempunyai penapis HEPA dan kedua-duanya boleh ditanggalkan untuk dicuci.

Pengguna juga boleh menggunakan vakum ini mencuci habuk pada komputer riba, kerusi di kereta, celah-celah sofa atau juga baju. Bateri walau bagaimanapun agak lemah. Ia hanya bertahan sekitar 9 minit untuk kuasa sedutan maksima dan 30 minit untuk kuasa sedutan biasa. Kuasa sedutannya adalah dari 8AW/6kPa sehingga 30AW/13kPa. Untuk pengecasan, ia menggunakan kabel USB-C jadi lebih mudah jika pengguna ingin bawanya berjalan, kabel peranti Xiaomi terkini turut boleh digunakan.

Harga jualan Mi Vacuum Cleaner Mini adalah RM199 sahaja. Bagi yang berminat, ia boleh dibeli terus di kedai atas talian Xiaomi di Lazada.



Paling Popular