Cari @ Amanz

Sejak daripada Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, sejumlah perkhidmatan telah beralih secara digital. Apatah lagi dengan konsep Bekerja Dari Rumah (BDR), yang membuatkan lebih ramai bekerja menggunakan khidmat telesidang video.

Apa pun, untuk Dewan Rakyat, ia masih beroperasi dengan pertemuan secara bersemuka. Bergerak kehadapan, kini Kerajaan mengatakan mereka sedang meneliti cadangan untuk mengadakan persidangan Dewan Rakyat secara atas-talian.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiiyuddin Hassan mengatakan perkara berkenaan boleh dilaksanakan dengan meminda “Standing Order”.

Sekiranya dilaksanakan, ia akan membolehkan Dewan Rakyat bersidang secara atas-talian, sekaligus mengekang penularan Covid-19 ketika bersidang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd