Google Pernah Merancang Untuk Menjadikan Nest Audio Sebagai Set Teater Rumah

Google Pernah Merancang Untuk Menjadikan Nest Audio Sebagai Set Teater Rumah

Diterbitkan pada Nov 5, 2020 oleh .

Nest Audio adalah pembesar suara pintar terbaru daripada Google. Ia adalah pengganti keapda Google Home yang sudah lama ramai nantikan. Rekaan Nest Audio ini diambil inspirasi daripada Google Home Hub Max yang besar dan termahal. Berdasarkan beberapa ulasan di arena web, Nest Audio mempunyai kualiti audio yang hebat dan memuaskan.

Baru-baru ini, seorang pengguna di Reddit menemui iklan Nest Audio yang menyatakan – pembesar suara pintar ini boleh dijadikan sebagai set teater rumah. Bukan itu sahaja, Nest Audio ini perlu digabungkan dengan Chromecast for Google TV untuk menjadikan set teater rumah yang lengkap. Namun ia hanya sekadar ayat iklan di Google sahaja dan informasi atau butiran mengenai set teater rumah ini tidak disebut oleh Google.

Produk-produk peranti pembesar suara pintar dan paparan pintar Google sudah sedia menyokong tambatan secara berkumpulan. Ini adalah termasuk dengan produk-produk Chromecast mereka. Jika pengguna ada Nest Mini, Nest Audio dua unit ia boleh ditambat bersama-sama menjadi kumpulan dan bertindak sebagai set teater atau set stereo rumah.

Jadi besar kemungkinan, Google ingin pengguna tambatkan dongel Google TV mereka dengan Nest Audio untuk ianya berfungsi. Tetapi mungkin disebabkan ciri ini tidak stabil atau belum lengkap, Google batalkan dan tidak umumkan ketika pelancaran. Mungkin ia akan tiba di masa akan datang dalam kemaskini.



Paling Popular