Huawei Nova 8 SE Rasmi Dengan Cip MediaTek Dimensity 800U, Pengecasan Pantas 66W
Amy Maizuraa
Siri Huawei Nova sedia terkenal dengan keupayaan kamera swafoto yang baik. Terkini, Huawei dilihat meluaskan rangkaian siri ini dengan memperkenalkan Huawei Nova 8 SE. Ia dilihat hadir dengan dua variasi pemproses berbeza iaitu MediaTek Dimensity 800U dan Dimensity 720.

Perbezaan utama antara kedua-duanya adalah – versi Mediatek Dimensity 720 hadir dengan sokongan rangkaian 4G dan 5G. Sementara, versi Dimensity 800U pula hadir dengan dwi-mod 5G.
Untuk aspek lain, kedua-duanya berkongsi spesifikasi yang sama. Ia hadir dengan skrin bersaiz 6.53-inci OLED FHD+, memori 8GB RAM (LPDDR4X), storan dalaman 128GB (UFS 2.1) dan bateri 3,800mAh bersama pengecasan pantas 66W.
Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama) (f/1.9) + 8-Megapixel (sudut-lebar) (f/2.4) + 2-Megapixel (makro) (f/2.4) + 2-Megapixel (kedalaman) (f/2.4). Kamera hadapan hadir dengan lensa tunggal sebesar 16-Megapixel yang diletakkan pada paparan jenis bertakuk kecil. Spesifikasi lain termasuk sokongan dwi-SIM, bluetooth 5.1, sambungan port USB-C dan bicu audio 3.5mm.

Didatangkan dalam empat warna berbeza seperti Magic Night Black, Dark Blue, Silver Moon Start dan Sakura Snow Clear Sky, peranti ini dijual pada harga RMB2,599 (~RM1,624) untuk versi Dimensity 720. Sementara, versi Dimensity 800U pula berharga RMB2,699 (~RM1,687).