Android Auto juga menerima nasib seperti telefon pintar Android, iaitu Google sentiasa hadir dengan kemaskini dan ujian-ujian A/B. Selepas beberapa kemaskini ditawarkan pada Android Auto, kali ini Google mengemaskini serba sedikit pada antaramuka Google Assistant.

Google Assistant sedia ada pada Android Auto akan memaparkan card terapung di bahagian bawah. Kemaskini ini memaparkan teks sambil pengguna sedang sampaikan arahan suara. Animasi Google Assistant kemudiannya dipindahkan ke bahagian kiri dan ketika arahan selesai diberi, logo Google Assistant akan berubah seperti biasa dan Google akan lakukan arahan yang diberi.
Ini adalah satu kemaskini yang amat kecil dan tidak begitu penting. Tetapi perubahan animasi dan cara Google Asisstant beraksi akan membuatkan pengguna selesa apabila memandangnya. Kemaskini ini dilihat hanya berfungsi jika Android Auto digunakan dengan Pixel 5 atau Galaxy Z Fold2 sahaja.