Sensor 3D ToF ISOCELL Vizion 33D Samsung Mampu Mengesan Objek Pada Kadar 120FPS

Sensor 3D ToF ISOCELL Vizion 33D Samsung Mampu Mengesan Objek Pada Kadar 120FPS

Diterbitkan pada Nov 5, 2020 oleh .

3D ToF ialah sensor yang mampu mengimbas dunia secara 3D bagi membolehkan pengesanan jarak yang lebih tepat. Ia juga perlu untuk menghasilkan kesan realiti terimbuh yang lebih tepat serta mengesan pergerakan individu untuk penjejak tubuh. Hari ini Samsung melancarkan sensor terkini mereka ISOCELL Vizion 33D.

Sensor 3D ToF ini mampu mengesan objek pada kadar 120FPS sehingga jarak maksimum 5 meter. Selain kegunaan untuk memfokus pada kamera dan realiti terimbuh, ISOCELL Vizion 33D juga boleh digunakan sebagai sensor untuk sistem imbasan wajah 3D pada bahagian hadapan. Dengan pengenalan sensor ini, Samsung akan memberikan persaingan kepada Sony yang merajai pasaran bukan sahaja sensor kamera tetapi juga sensor 3D ToF.



Paling Popular