Samsung Daily Akan Digantikan Dengan Samsung Free – Pesaing Google Discover Dengan Tab

Samsung Daily Akan Digantikan Dengan Samsung Free – Pesaing Google Discover Dengan Tab

Diterbitkan pada Nov 5, 2020 oleh .

Sebelum adanya Samsung Daily, Samsung menggunakan Bixby Home sebagai alternatif kepada Google Discover. Samsung Daily ini boleh diakses jika ditatal ke sisi skrin utama dan ia akan memaparkan berita, akses pantas Netflix, Spotify, Twitter, cuaca, kawalan Bixby dan banyak lagi. Samsung Daily ini akan digantikan dengan perkhidmatan baharu, Samsung Free.

Samsung Free dilihat masih mengekalkan konsep utama mereka, iaitu alternatif Google Discover. Cuma, apa yang Samsung bawakan adalah pengalaman penggunaan yang lebih mudah dan teratur. Samsung Free mempunyai tiga tab (tidak pasti boleh tambah atau kurangkan). Tab pertama adalah Watch yang dilihat adalah ruangan menonton video. Video-video ini dilihat seakan diambil dari aplikasi perkhidmatan penstriman video yang pengguna pasang pada peranti. Samsung kemudiannya menggunakan sistem tersendiri untuk tawarkan cadangan kandungan.

Kemudian adalah tab Read yang mana adalah untuk mengikuti berita-berita terkini. Ia lebih mirip dengan Google Discover yang menawarkan pelbagai berita dari pelbagai kategori yang berasal dari banyak sumber. Akhir sekali adalah tab Play yang mana dilihat seakan Google Play Games. Tab ini mungkin adalah akses pantas Game Launcher Samsung atau hanya akses pantas kepada permua-permua asas dari Samsung.

Buat masa ini tidak pasti lagi bila Samsung akan memperkenalkan Samsung Free. Adakah kemaskini kepada Samsung Daily sedia ada dalam masa terdekat, atau mungkin bersama-sama dengan kemaskini One UI 3.0 berasaskan Android 11 tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan.



Paling Popular