Bagaimana Kembalikan Penggunaan Ikon Google Yang Lama Pada Chrome?

Bagaimana Kembalikan Penggunaan Ikon Google Yang Lama Pada Chrome?

Diterbitkan pada Nov 5, 2020 oleh .

Google sejak minggu lepas telah membawa kepada perubahan ikon untuk sejumlah perkhidmatan dibawah mereka, sekaligus membawa kepada penggunaan ikon berwarna-warni.

Walaupun ia disukai oleh sejumlah pengguna, namun terdapat ramai yang masih kurang mengemarinya – dan lebih selesa menggunakan ikon lama. Hal ini lebih utama ketika anda menggunakan pelayar web dengan bilangan tab yang banyak dibuka – dan sedia selesa dengan ikon lama.

Sekiranya anda inginkan ikon lama kembali dipaparkan untuk perkhidmatan Google, kini sebuah pemalam Chrome yang boleh membantu adalah Restore Old Google Icons.

Anda hanya perlu memasang pemalam ini pada pelayar web Chrome anda, dan pelbagai perkhidmatan Google akan menggunakan kembali ikon lama pada paparan tab di Chrome anda.

Muat-Turun Restore Old Google Icons untuk Chrome



Paling Popular