Pada sistem operasi Windows, halaman Control Panel adalah antara halaman yang popular, dimana ia sering digunakan dalam urusan untuk mengubah sejumlah tetapan, dan membaiki sebarang tetapan yang tersilap.

Halaman Control Panel ini boleh dikatakan agak popular sejak sistem operasi Windows XP yang telah berusia sekitar 20 tahun. Apa pun, bergerak ke hadapan, Microsoft dilihat akan menamatkan penawarannya.

Melalui perubahan baru, Microsoft pada Windows 10 telah mula mengalihkan sejumlah tetapan daripada Control Panel ke halaman Settings. Halaman Windows 10 Settings juga menawarkan rekaan antarammuka moden – selari dengan rekaan Windows 10 yang lain.
Dari segi penawaran ciri-ciri, ia masih sama seperti yang terdapat pada Control Panel. Cuma bezanya, kita mungkin sedikit merindui rekaan halaman Control Panel yang popular sejak Windows XP dulu.

Bagi anda, adakah anda akan merindui halaman Control Panel pada sistem operasi Windows ini?