Capcom Digodam Tetapi Tiada Data Pelanggan Dipercayai Dicuri

Capcom Digodam Tetapi Tiada Data Pelanggan Dipercayai Dicuri

Diterbitkan pada Nov 5, 2020 oleh .

Syarikat pembangun terkemuka Capcom mendedahkan mereka telah digodam oleh pihak ketiga yang masih belum diketahui pada 2 November lalu. Penggodam dipercayai berjaya mengakses sistem emel dan fail syarikat. Sebagai langkah keselamatan Capcom mengehadkan rangkaian dalaman mereka bagi mengelakkan penyebaran aplikasi hasad.

Dalam kenyataan rasmi, Capcom berkata mereka tidak menjumpai sebarang bukti data pengguna telah berjaya diakses. Namun begitu godaman menyebabkan rangkaian permainan atas talian dan akses kepada laman yang menggunakan akaun Capcom.

Mereka memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan akibat serangan siber ini. Pada waktu ini Capcom sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan yang terjejas secepat mungkin.



Paling Popular