Cari @ Amanz

Apple hari ini telah mengumumkan iPhone 12 Pro Max dan iPhone 12 Mini akan ditawarkan di lebih 50 buah negara bermula 13 November 2020 ini – termasuk di Malaysia.

iPhone 12 Mini merupakan telefon pintar bersaiz kompak, bersaiz 5.4-inciu, dilengkapi cip Apple A14, serta menawarkan sejumlah ciri-ciri sama seperti model iPhone 12. Ia juga menyertakan dwi-kamera belakang bersama dengannya, serta menyertakan sokongan rakaman video HDR bersama dengannya.

iPhone 12 Pro Max pula menawarkan skrin bersaiz 6.7-inci, dilengkapi cip pemprosesan berkuasa terbaru Apple, serta dilengkapi sokongan kalis air IP68 bersama dengannya. Apple turut menyertakan sistem kamera terbaik pada telefon pintar ini, dengan tri-kamera belakang, sekaligus menyertakan sokongan rakaman gambar dalam format baru – ProRAW. Tambahan sensor LiDAR pada telefon ini turut menawarkan pengalaman realiti-terimbuh yang lebih baik bersama dengannya.

Di Malaysia, iPhone 12 Mini ditawarkan dalam pilihan storan 64GB, 128GB dan 256GB, pada harga bermula RM3399.

iPhone 12 Pro Max pula hadir dengan storan 128GB, 256GB, dan 512GB pada harga bermula RM5299.

Dengan pengumuman ini, pengguna di Malaysia boleh membeli iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max bermula 13 November ini.

Semua model ini hadir tanpa kepala pengecas dan fon telinga – yang mana perlu dibeli secara berasingan.

iPhone 12
© 2023 Amanz Media Sdn Bhd