Cari @ Amanz

RedOne, salah satu syarikat telekomunikasi yang turut digunakan ramai, hari ini telah mengumumkan penawaran pelan tanpa had mereka tersendiri, dinamakan RedOne Hybrid50U.

Pelan ini hadir dengan penawaran data berkelajuan tinggi sebanyak 10GB LTE, data tanpa had pada kelajuan 3Mbps, dan juga panggilan tanpa had.

RedOne mengatakan semua pengguna akan tertakluk dibawah FUP, terhad kepada 100GB. Selepas penggunaan data sebanyak 100GB dalam sebulan, kelajuan akan diturunkan kepada 64kbps.

Data tanpa had juga tidak boleh dikongsikan melalui hotspot ke peranti lain.

Pelan ini ditawarkan pada harga langganan RM50 sebulan. Pelan ini ditawarkan secara eksklusif untuk pengguna baharu RedOne sahaja, dan turut perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM10.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd