Cari @ Amanz

Pada awal bulan ini, ciri mesej yang menghilang secara automatik selepas 7 hari telah diberikan kepada pengguna Android. Pagi ini ia akhirnya diberikan pula kepada pengguna peranti iOS.

Menerusi ciri ini, mesej yang dihantar secara peribadi atau di dalam kumpulan akan terpadam dengan sendirinya selepas tujuh hari. Ia tidak diaktifkan secara lalai dan pengguna perlu mengubahnya pada tetapan aplikasi. Pilih Disappearing Messages pada skrin tetapan dan anda kini boleh menggunakannya terus.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd