Cari @ Amanz

Motorola kini memperluaskan lagi penawaran peranti kelas pertengahan mereka menerusi pengenalan Motorola Moto G9 Power. Peranti pintar ini hadir dengan penawaran bateri besar dan rangkaian 5G terbina yang ditawarkan pada harga mampu milik.

Untuk spesifikasi, peranti pintar ini hadir dengan skrin bersaiz 6.8-inci LCD HD+ dengan paparan jenis berlubang. Melengkapinya juga adalah pemproses Snapdragon 662, memori 4GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri besar 6,000mAh dengan pengecasan pantas 20W. Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel (utama) + 2-Megapixel (makro) + 2-Megapixel (kedalaman), sementara kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel.

Spesifikasi lain termasuk pengimbas cap jari fizikal, sambungan port USB-C, NFC, WiFi 5, bluetooth 5.0, bicu audio 3.5mm dan tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Electic Violet serta Metallic Sage. Motorola Moto G9 Power dijual pada harga €200 (~RM980) untuk seunit.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd