Xiaomi Melancarkan Mi NoteBook 14 e-Learning Edition – Hadir Dengan Kamera Web Dan Intel Core i3 Generasi Ke-10

Xiaomi Melancarkan Mi NoteBook 14 e-Learning Edition – Hadir Dengan Kamera Web Dan Intel Core i3 Generasi Ke-10

Diterbitkan pada Nov 6, 2020 oleh .

Xiaomi Mi Notebook 14 adalah antara komputer riba mampu milik dari Xiaomi. Ia menggunakan rekaan mirip MacBook dengan iterasi Xiaomi sendiri, dijual pada harga mampu milik, mempunyai spesifikasi yang baik serta kelihatan premium. Kemudian, komputer riba Xioami turut terkenal dengan tidak menyertakan kamera web.

Baru-baru ini, Mi Notebook 14 dilancarkan semula dengan edisi e-Learning yang mana dijual pada harga yang lebih murah dan kini mempunyai kamera web terbina. Skrin adalah 14-inci FHD, rekaan skrin dengan dagu dan dahi tebal, dijana dengan Intel Core i3-10110U dan dipadankan dengan GPU Intel UHD Graphics 620. Untuk memori 8GB RAM DDR4 disediakan dengan storan dalaman 256GB SSD SATA. Bateri pula hanya 46Wh dan menyokong pengecasan pantas 65W.

Port sambungan adalah 2x USB 3.1 Gen 1 Type-A, 1x USB 2.0, 1x HDMI dan 1x port bicu audio 3.5mm. Bluetooth 5.0 disediakan, WiFi dwi-band 802.11ac, 2x pembesar suara 2W dan menjalankan Windows 10 Home Edition. Komputer riba ini dengan jelas sekali memfokuskan untuk para pelajar yang menuntut pengajian dari rumah. Ia sesuai digunakan bagi yang mempunyai bajet rendah, boleh melakukan tugasan asas dokumen, suntingan asas foto serta melakukan panggilan video.

Harga jualan adalah ₹44,999, iaitu sekitar RM2520. Tetapi di India, komputer riba ini ditawarkan pada harga promosi sekitar RM1960.



Paling Popular