SEGA Menarik Diri Dari Perniagaan Mesin Arked Di Jepun

SEGA Menarik Diri Dari Perniagaan Mesin Arked Di Jepun

Diterbitkan pada Nov 6, 2020 oleh .

Bagi insan yang berumur 30 tahun ke atas, mereka pasti mengingati rangkaian SEGA City yang pernah wujud di beberapa negeri Malaysia. Di dalamnya, arked terkini dengan teknologi realiti maya boleh dimainkan dengan ribuan ringgit dihabiskan membeli token. Ia tidak lagi wujud kerana kepopularan konsol dan kini SEGA mengumumkan pula penarikan diri dari perniagaan arked di Jepun.

SEGA Sammy mengumumkan penarikan diri dari perniagaan dan pengurusan arked selepa menjual 85.1% pegangan saham mereka kepada GENDA. Nilai jualan tidak didedahkan tetapi kesemua 193 rangkaian arked di Jepun akan berpindah tangan ke GENDA selepas 30 Disember 2020.

Sungguhpun begitu SEGA akan masih menghasilkan permainan arked kepada syarikat yang memerlukan dan meneruskan perniagaan di luar Jepun. Kesemua arked SEGA di Jepun akan terus menggunakan nama syarikat pada waktu ini.

Kerana Covid-19, perniagaan arked SEGA Sammy menyusut 20%. Ini adalah antara penyebab keputusan menarik diri telah diambil. Tidak seperti Sonic, SEGA Sammy tidak mampu lari dari masalah ekonomi yang berlaku akibat pandemik.



Paling Popular