Cari @ Amanz

Bulan Julai lepas, Moto G 5G Plus telah dilancarkan dengan cip Snapdragon 765G. Harga jualan adalah sekitar RM1710, terhad di Eropah, kamera 48MP, bateri 5000mAh, pengecasan pantas 20W TurboPower dan skrin 90Hz. Terkini, Motorola hadir dengan variasi yang lebih murah iaitu Moto G 5G.

Moto G 5G dijana dengan cip Snapdragon 750G, skrin kekal sama dengan Moto G 5G Plus iaitu 6.7-inci FHD+ IPS LCD tetapi tiada kadar segar semula tinggi 90Hz. Memori hanya 4/64 GB, bateri kekal 5000mAh dengan pengecasan pantas 20W serta turut mengekalkan sistem tri-kamera yang sama – 48 + 8 + 2 Megapixel, tetapi kamera swafoto hanya ada satu lensa iaitu 16MP dan bukannya seperti versi Plus 16+2 MP.

Peranti ini sedia menjalankan Android 10 dan adalah penawaran lebih murah dari versi Plus. Harga jualan hanya €300, iaitu sekitar RM1470.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd