TikTok merupakan salah satu aplikasi dan perkhidmatan yang semakin popular dari hari ke hari. Melaluinya, ia memudahkan pengguna berkongsi video selama 15 saat, sehingga ke beberapa minit bagi akaun khas.
Melalui aplikasi TikTok, kita sedia melihat perkongsian sejumlah kandungan kreatif. Tidak ketinggalan juga perkongsian video-video berupa tips, berbentuk mengajar, dan juga pendidikan. Di Malaysia sendiri, kita sedia melihat beberapa tagar digunakan untuk tujuan berkenaan, termasuk seperti #StudyTipsGuru, #BusinessGuru, #TikTokGuru, #DIYGuru, dan sebagainya.
Bergerak ke hadapan, kini TikTok turut dilihat menguji sebuah tab khusus dinamakan “Learn” yang menghimpunkan sejumlah video berbentuk pendidikan ini – sekaligus memudahkan lagi pengguna untuk mengikuti pelbagai video berilmiah dan tips dengan mudah.
Tab khas ini dilihat disediakan pada halaman utama, bersebelahan dengan tab “Following” dan “For You”.
Buat masa ini, ciri ini dilihat masih pada peringkat ujiian, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan kepada umum. Dengan lebih ramai ke TikTok, semestinya pengenalan tab ini akan diminatii ramai pengguna seluruh dunia.