Carian
DxOMark Kini Menguji Kemampuan Audio Pada Pembesar Suara Nirwayar
November 6, 2020 Amy Maizuraa

DxoMark kini memperluaskan lagi protokol ujian saintifik mereka untuk kemampuan audio pada pembesar suara nirwayar pula – dikenali sebagai DxOMark Speaker. Melaluinya, DxoMark akan menguji pelbagai jenis pembesar suara nirwayar yang terdapat di pasaran dan ia akan dibahagikan kepada dua kategori mengikut penawaran harga bagi sesebuah produk.

Menurut DxoMark, penilaian ini dilakukan dengan pendekatan unik dengan sistem yang canggih. Ia termasuklah prestasi pada keupayaan masa main balik melalui pelbagai senario penggunaan dan kelantangan bunyi sesebuah pembesar suara. Dalam pada itu, DxoMark juga dikatakan bekerjasama dengan sejumlah pemuzik dan studio profesional untuk menguji kualiti muzik, selain bakal memperluaskannya lagi untuk segmen premium pada masa akan datang.

Seperti sedia maklum, pasaran kini semakin dibanjiri dengan penawaran pelbagai jenis Pembesar Suara Nirwayar. Sebagai contoh kita ada Huawei Sound X, Huawei Sound, HomePod Mini dan sebagainya. Dengan adanya ujian ini, ia sedikit sebanyak membantu pengguna untuk membuat pilihan pembelian yang lebih baik. Sama seperti apa yang mereka sediakan untuk pengguna telefon pintar dan juga kamera di seluruh dunia.

Komen