Adakah anda peminat atau pembenci trend bonggol kamera yang besar pada telefon pintar? Sekiranya ya, anda pasti ingin melihat rekaan kerangka untuk Samsung Galaxy S21 yang telahpun tertiris menerusi akaun @UniverseIce semalam.

Dua kerangka yang tertiris mengesahkan rekaan bonggol kamera kaca yang besar pada bahagian belakang peranti. Versi S21 Ultra jauh lebih besar dengan kuad kamera utama sementara versi S21 biasa lebih kecil dengan tri-kamera utama. Ia adalah jauh lebih besar berbanding yang ditemui pada S20 Ultra 5G tahun ini. Walau bagaimanapun ia masih lebih kecil berbanding yang ditemui pada OnePlus 8T Cyberpunk Edition.

Dengan bonggol yang besar ini, proses menghasilkan kerangka yang dapat mengelakkan kerosakan apabila peranti terjatuh menjadi semakin sukar. Adakah ini trend yang perlu diteruskan atau perlu dihentikan sebelum membiak ke seluruh industri?