Samsung hari ini mengemaskini penawaran telefon pintar dibawah siri Galaxy A mereka, iaitu untuk model Galaxy A51. Kini, Samsung Malaysia menawarkan Galaxy A51 dengan storan 256GB pada harga sama seperti sebelum ini, iaitu RM1399.
Spesifikasi lain yang dibawakan adalah lebih kurang sama seperti model 128GB sebelum ini.
Galaxy A51 hadir dengan skrin 6.5-inci Super AMOLED, dijana cip lapan teras, memori 8GB RAM, dan storan 256GB.
Untuk rakaman gambar, ia menyertakan sensor utama 48-megapixel, selain kamera swafoto 32-megapixel.
Galaxy A51 turut hadir dengan bateri 4000mAh, dengan pengecasan pantas 15W.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan telefon pintar ini pada harga RM1399 bermula hari ini.