HMD Global sebelum ini dilaporkan dalam perancangan untuk memperkenalkan sejumlah lagi model telefon klasik mereka dalam versi moden – iaitu Nokia 6300 dan Nokia 8000. Butiran mengenai spesifikasi dalaman masih menjadi teka-teki, sehinggalah kini ia dilaporkan tertiris di arena web.

Kedua-duanya dipercayai hadir dengan sejumlah spesifikasi yang sama – termasuk sistem operasi KaiOS, memori 512MB RAM, storan dalaman 4GB, bateri 1,500 mAh dan pemproses teras tunggal. Rekaan pada Nokia 6300 4G dikatakan sama sahaja dengan versi asal. Namun berbeza pula dengan Nokia 8000 4G yang mana berkemungkinan menginspirasi rekaan daripada Nokia 8800.
Dalam pada itu, kedua-duanya juga dikatakan telah ditemui di pensijilan Rusia dengan nombor model TA-1294 dan TA-1303. Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran peranti yang dikongsi.