Kingston Memperkenalkan Siri Storan Flash DataTraveler Kyson Dan Exodia

Kingston Memperkenalkan Siri Storan Flash DataTraveler Kyson Dan Exodia

Diterbitkan pada Nov 6, 2020 oleh .

Storan data padat seperti storan data flash masih lagi popular khususnya dikalangan orang muda dan mereka yang memerlukan sebuah aksesori yang tidak memakan sebarang ruang.

Kingston, jenama storan yang terkemuka di dunia baru-baru ini telah melancarkan dua siri storan flash yang baru di pasaran tempatan, termasuklah Kingston DataTraveler Kyson dan juga Kingston DataTraveler Exodia.

Bermula dengan storan DataTraveler Kyson, ia adalah sebuah storan flash yang boleh dikatakan premium dengan rangka luarannya yang diperbuat daripada aluminum. Ia menyokong sambungan USB 3.2 Type-A, dan mempunyai pilihan storan yang cukup banyak, dari 32GB, 64GB, 128GB dan 256GB.

DataTraveler Exodia pula ialah sebuah storan flash dengan harga yang lebih mampu milik kerana rekaan rangkanya yang diperbuat daripada bahan polikarbonat. Dari segi sambungan, ia juga menggunakan USB 3.2 Type-A, dan tiba dengan pilihan storan yang sama dengan DataTraveler Kyson, dari 32GB sehingga 256GB.

Kedua-dua siri storan Kingston DataTraveler Kyson dan DataTraveler Exodia ini boleh dibeli di kedai atas talian seperti Lazada dan Shopee.



Paling Popular