Cari @ Amanz

Terdapat pelbagai teknologi digunakan untuk mewujudkan rangkaian selular. Cara paling biasa digunakan ialah membina menara pemancar untuk meliputi kawasan tertentu. Di United Kingdom, Stratospheric Platforms Limted (SPL) dan Cambridge Consultants ingin menggunakan armada dron.

Menurut mereka armada 60 dron yang terbang pada ketinggian 20 kilometer boleh menawarkan rangkaian 5G untuk keseluruhan United Kingdom. Setiap dron mempunyai sayap selebar 200 kaki dengan antena yang memancarkan isyarat berdiameter 140 kilometer. Setiap satunya menggunakan sel kuasa hidrogen yang lestari yang memberikan kemampuan terbang di udara selama sembilan hari sebelum perlu mendarat.

Dalam ujian dengan Duetsche Telekom pada bulan September lalu, antena yang bakal digunakan pada dron berjaya mewujudkan rangkaian 4G dengan kelajuan muat turun 70 Mbps dan muat naik pula 20 Mbps. Tetapi sekiranya berubah ke rangkaian 5G, setiap HAP boleh menawarkan kelajuan sehingga 100 Gbps.

Sistem ini tidak direka untuk menggantikan sistem menara sedia ada tetapi adalah alternatif untuk menawarkan rangkaian 5G di kawasan yang sukar untuk diakses. SPL dan Cambridge Consultants menyasarkan permulaan operasi dron HAP ini di Jerman pada tahun 2024.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd