Siri Pada iOS 14.2 Boleh Berikan Maklumat Harian Peribadi Seakan Google Assistant

Siri Pada iOS 14.2 Boleh Berikan Maklumat Harian Peribadi Seakan Google Assistant

Diterbitkan pada Nov 6, 2020 oleh .

Kemaskini iOS 14.2 sudah pun diedarkan oleh Apple. Perkara yang paling ketara mempunyai perubahan adalah, penawaran lebih 100 emoji baharu. Selain daripada menampal pepijat dan penambahbaikan lain-lain. Apa yang Apple tidak umumkan adalah, kemaskini terhadap Siri.

Siri kini boleh memberitahu maklumat harian peribadi anda seakan Google Assistant. Pengguna kini boleh bertanyakan kepada Siri “What’s my update?” dan Siri akan menyebut cuaca, jadual di kalendar, berita harian atau juga informasi tiket penerbangan. Ini adalah perkara baru untuk Siri. Google Assistant sudah hadir dengan fungsi ini sejak beberapa tahun lepas lagi.

Untuk pengguna di Malaysia, News+ tidak ditawarkan di sini. Jadi tiada berita akan disampaikan oleh Siri kepada pengguna. Ini menjadikan maklumat harian yang Siri sampaikan lebih singkat. Sebagai permulaan awal, Siri akan mengarahkan anda tetapkan atau benarkan info-info peribadi yang perlu diakses.

Dengan kemaskini ini, anda boleh mengarah Siri seakan Google Assistant. Ini kerana, ia diedarkan secara terus kepada mana-mana peranti dengan siri seperti iPhone, iPad atau juga HomePods.



Paling Popular