SKMM Akan Memperuntukkan RM7.4 Bilion Untuk Memperluas Perkhidmatan Jalur Lebar

SKMM Akan Memperuntukkan RM7.4 Bilion Untuk Memperluas Perkhidmatan Jalur Lebar

Diterbitkan pada Nov 6, 2020 oleh .

Inisiatif JENDELA telah diumumkan pada pertengahan tahun ini untuk tujuan menyamaratakan kesalinghubungan telekomunikasi diantara kawasan bandar dan luar bandar.

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2021 sebentar tadi, Menteri Kewangan Dato’ Seri Tengku Zafrul mengumumkan bahawa kerajaan akan memperuntukkan RM500 juta pada tahun 2021 untuk melaksanakan inisiatif tersebut, yang termasuklah meningkatkan kesalinghubungan sambungan jalur lebar dan mudah alih di seluruh Malaysia.

Wang tersebut akan digunakan untuk memastikan 430 buah sekolah di seluruh Malaysia mempunyai sambungan internet yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan para pelajar sewaktu dan selepas sekolah.

Selain daripada itu, pihak Suruhanjaya juga akan memperuntukkan wang sebanyak RM7.4 bilion sepanjang tahun 2021 dan 2022 untuk memperluaskan perkhidmatan jalur lebar dan juga sambungan mudah alih untuk kawasan dalam dan luar bandar.



Paling Popular