Carian
Kerajaan Umum Bantuan Kredit Telekomunikasi RM180 Setiap Seorang – Bermula Suku Pertama 2021
November 6, 2020 Aman

Kerajaan hari ini telah mengumumkan Belanjawan 2020, dan salah satu inisiatif baru yang diumumkan adalah Program Jaringan PRIHATIN.

Melalui bantuan ini, bermula suku pertama 2021, kerajaan akan memberikan bantuan kepada lebih kurang 8 juta penerima dari golongan B40 akan menerima bantuan RM180 dalam bentuk kredit telekomunikasi.

Bantuan ini boleh digunakan untuk belanja langganan internet, atau menampung sebahagian kos pembelian telefon bimbit baharu.

Kerajaan turut mengatakan, syarikat telekomunikasi turut akan menyediakan manfaat bernilai RM1.5 bilion dalam bentuk data percuma kepada pelanggan.

Komen