Cari @ Amanz

Google One adalah perkhidmatan langganan storan awan dari Google. Pelanggan Google One bukan sahaja akan menerima kuota storan awan, tetapi turut akan menerima bantuan khidmat pelanggan yang lebih premium atau baucar diskaun untuk pelbagai perkara. Baru-baru ini, pelanggan 2TB menerima sokongan VPN pula.

Terkini, Google dilihat ingin memberikan fungsi eksklusif Google Photos bagi pelanggan berbayar Google One. Google Photos adalah aplikasi galeri dari Google dengan sokongan membuat sandaran di storan awan, pelbagai kemampuan suntingan, dan juga mencetak foto di kedai fizikal (terhad di negara terpilih).

Pihak XDA menemui kod-kod menyebut mengenai akses fungsi suntingan tambahan degan melanggan kepada Google One. Antara fungsi ini adalah cadangan suntingan automatik Dynamic, HDR, dan Vivid. Kemudian turut ada fungsi menyunting warna langit Skypallete. Skypallete ini akan menawarkan penuras seperti Afterglow, Airy, Ember, Luminous, Radiant, dan juga Stormy.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd