Melalui Belanjawan 2021, sejumlah bantuan diumumkan, dan golongan belia turut tidak dilupakan. Dalam terus mempopularkan budaya transaksi nirtunai, kini kerajaan mengumumkan program eBelia.
Melalui program ini, kerajaan akan kreditkan RM50 ke akaun dompet digital bagi mereka yang berumur antara 18 hingga 20 tahun.
Untuk tujuan ini, kerajaan akan peruntukkan sebanyak RM75 juta, dan ia dijangka akan memberikan manfaat kepada lebih 1.5 juta orang belia di Malaysia.