Program Pas Perjalanan My30 Diteruskan – Akan Dilanjutkan Ke Pulau Pinang Dan Kuantan

Program Pas Perjalanan My30 Diteruskan – Akan Dilanjutkan Ke Pulau Pinang Dan Kuantan

Diterbitkan pada Nov 6, 2020 oleh .

Apabila program pas perjalanan My30 diperkenalkan pada tahun ini, ia sedikit sebanyak membantu orang ramai yang bergantung kepada perkhidmatan awam untuk bergerak kesini dan kesana tanpa perlu membelanjakan terlalu banyak wang.

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2020, kerajaan telah mengumumkan bahawa program tersebut akan diteruskan, malah, akan diperluaskan ke kawasan-kawasan Pulau Pinang dan juga Kuantan dalam masa yang terdekat ini dengan peruntukan sebanyak RM300 juta.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga akan mula memperkenalkan pas perjalanan tanpa had berharga RM5 sebulan untuk para pelajar sekolah Darjah 1 ke Tingkatan 6 dan juga untuk golongan OKU.

Pas ini boleh digunakan untuk perkhidmatan keretapi komuter di Lembah Klang, komuter utara, keretapi antara bandar Kuala Lipis dan Tumpat, dan juga keretapi di Sabah di jajaran Beaufort-Tenom.



Paling Popular