Cari @ Amanz

Disebabkan oleh penularan wabak Covid-19, ramai pelajar terkesan untuk mengikuti pembelajaran dan pengajaran, dan perlu mengikutinya secara atas-talian.

Selari dengannya, kini kerajaan mengumumkan yang mana GLC dan GLIC akan menyumbang sebanyak RM150 juta ringgit ke dalam tabung CERDIK – yang mana akan digunakan dalam pemberian komputer riba.

Komputer riba ini dijangka akan diterima oleh 150,000 orang murid di 500 buah sekolah. Langkah ini adalah sebagai projek rintis awal, dan akan diselia oleh Yayasan Hasanah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd