Bank Negara Malaysia Memperkenalkan Dana Teknologi Tinggi Sebanyak RM500 Juta

Bank Negara Malaysia Memperkenalkan Dana Teknologi Tinggi Sebanyak RM500 Juta

Diterbitkan pada Nov 6, 2020 oleh .

Sejak era 1990an lagi, Malaysia mempunyai aspirasi untuk menjadikan negara ini sebagai hab serantau syarikat-syarikat teknologi terkemuka di dunia yang mampu menjadikan rakyat-rakyat kita berdaya-saing didalam industri teknologi.

Sehubungan itu, sewaktu pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan bahawa Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan sebuah dana baru yang dinamakan Dana Teknologi Tinggi untuk sektor teknologi tinggi.

BNM akan menyediakan dana sebanyak RM500 juta untuk menyokong syarikat sektor teknologi tinggi, yang akan membolehkan Malaysia kekal kompetitif dalam rantaian nilai global dan ekosistem teknologi tinggi, disamping menambahkan jumlah pekerjaan profesional didalam negara ini.



Paling Popular