Cari @ Amanz

Fokus kepada industri sains dan teknologi adalah diantara sebab mengapa banyak syarikat-syarikat teknologi hadir di negara kita untuk memperkenalkan teknologi-teknologi baru.

Semasa pembentangan Belanjawan 2021 sebentar tadi, kerajaan telah mengumumkan bahawa ia akan memperuntukkan wang sebanyak RM400 juta untuk meningkatkan perkembangan sains, teknologi dan inovasi tempatan.

Untuk mewujudkan industri penyelidikan dan pembangunan sains dan teknologi yang kompetitif di Malaysia, ia dikatakan bahawa beberapa agensi negara, bersama-sama dengan institusi pelajaran tinggi awam dan swasta akan menyumbang dalam usaha tersebut.

Selain daripada itu, wang sebanyak RM20 juta akan diperuntukkan juga untuk program Malaysia Techlympics dan Science Space akan dibangunkan untuk mewujudkan kepakaran tempatan dalam bidang kecerdasan buatan dan robotik di kalangan belia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd